Pada suatu hari Sang Kaldai hendak mencari kawan. Tiba-tiba seekor buaya menerkam Sang Kaldai. Sang Kaldai menjerit dengan kuat. Tolong! Tolong! Sang Kaldai meminta tolong. Tiada orang yang datang menyelamatkan Sang Kaldai. Sang Kaldai pun menguatkan kuasanya.
Selepas Sang Kaldai mengelak dari Sang Buaya dia terus mencari kawan. Sang Kaldai terjumpa Sang Arnab. Sang Kaldai bertanya, "bolehkah saya menjadi kawan kamu?" Sang Arnab pun menjawap, "boleh, tiada masalah." Sang Kaldai terus mencari kawan lagi. Selepas itu Sang Arnab dan Sang Kaldai menjumpai dua ekor kura-kura. Sang Kaldai dan Sang Arnab bertanya, "bolehkah kami berdua menjadi sahabat kamu?". Sang Kura-Kura pun menjawap, "boleh, mari kita masuk ke rumah". "Baiklah Sang Kura-Kura" Sang arnab dan Sang Kaldai menjawap.
Selepas selesai makan mereka terus mencari rakan. Seterusnya mereka terjumpa Sang Gajah dan adiknya. Mereka bertanya pada Sang Gajah soalan yang sama. Sang Gajah dan adiknya bersetuju menjadi kawan mereka. Selepas mereka selesai mencari kawan, mereka bermain bersama-sama. Bermandi-manda bersama-sama dan makan pun bersama-sama. Mereka berasa sangat gembira. Sang Gajah pun bertanya, "bolehkah saya menumpang tidur di rumah awak kerana ibu saya pergi ke luar negara". "Baiklah Sang Gajah, kami membenarkan kamu tidur di rumah saya", Sang Kaldai menjawap. Hari sudah malam. Mereka semua pun pulang.
Tamat
Oleh: Farahanna, 7 tahun
Tuesday, October 27, 2009
Sunday, October 25, 2009
Parameswara dan Pengikutnya
Pada zaman dahulu Parameswara dan pengikutnya memasuki hutan untuk memburu seekor kancil. Dalam perjalanan dia terserempak seekor kancil. Dia cuba menembak sang kancil itu tetapi tidak mengena. Parameswara kagum akan kepantasan sang kancil itu. Dia pun memanggil anjingnya mengejar sang kancil itu. Anjing itu pun mengejar kancil yang bersembunyi di dalam semak. Setelah sang kancil mendengar salakan anjing itu ia pun berlari ke arah sungai. Setelah anjing itu sampai di seberang sungai sang kancil pun menendang anjing itu sekuat hati. Selepas itu Parameswara pun kagum dengan kebolehan sang kancil. Setelah penat dia pun berehat di sebatang pokok yang rendang. Parameswara pun menanya seorang daripada pengikutnya nama pokok yang dia sedang bersandar itu. Pengikut dia pun menjawap nama pokok itu "Melaka". Kalau begitu beta akan memberi nama negeri ini Melaka.
Moral cerita: Nama Melaka diambil dari sebatang pokok yang bernama Melaka.
Muhammad Farhan, 10 tahun
..
Moral cerita: Nama Melaka diambil dari sebatang pokok yang bernama Melaka.
Muhammad Farhan, 10 tahun
..
Labels:
anjing,
kancil,
melaka,
parameswara
Thursday, October 22, 2009
Anjing, Kucing dan Tikus
Anjing sedang mengejar kucing. Kucing pula sedang mengejar tikus. Selepas mengejar tikus memasuki di dalam lubang. Kucing dan anjing pula terperangkap. Tikus menolong kucing dan anjing. Selepas tikus menolong mereka berkawan baik. Bila mereka berkawan baik mereka berjalan bersama-sama, bermain bersama-sama dan berkerja sama-sama. Sudah lama mereka bersama-sama mereka pun berpisah.
Tamat :)
Tamat :)
Monday, October 19, 2009
Buaya dan Kerbau
Pada suatu hari ada sebatang kayu yang besar telah menghempap sang buaya yang hendak memanaskan badannya di tepi sungai. Beberapa minit kemudian kelihatan sang kerbau bersiar-siar di tepi sungai dan terserempak sang buaya yang menjerit meminta tolong. Sang kerbau pun menolong lah sang buaya. Sang kerbau pun mengangkat kayu di atas badan sang buaya lalu meletakkan kayu tersebut itu di tepi sungai.
Namun sang buaya tidak mengucapkan terima kasih malah menggigit kaki sang kerbau. Sang kerbau menjerit kesakitan meminta tolong. Pada masa yang sama sang kancil yang mencari makanan mendengar jeritan sang kerbau. Dia pun mencari-cari arah jeritan sang kerbau itu. Selepas puas mencari dia pun menjumpai sang kerbau yang digigit oleh sang buaya.
Sang kancil pun mendapat ilham lalu dia pun menyuruh sang buaya melepaskan sang kerbau untuk melakonkan semula peristiwa tadi. Sang kancil pun meletakkan balik kayu yang besar itu di atas badan sang buaya. Tanpa membuang masa mereka pun berlari ke arah hutan. sebelum mereka pulang ke rumah sang kerbau mengucapkan terima kasih kepada sang kancil keran melepaskan kakinya daripada digigit oleh sang buaya.
Moral cerita: kita harus mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita semasa kesusahan. Jangan menjadi seperti sang buaya
Muhammad Farhan, 10 tahun
.

Alif Yang Berpuasa
Pada zaman dahulu, ada seorang budak yang bernama alif. Dia sedang berpuasa. Dia suka bertanya kepada ibunya, "mak, sudah berbuka ke belum?" tanya alif. "belum sayang" jawap ibunya. Lepas itu dia sedang menonton tv dan bertanya lagi, "mak...dah berbuka ke belum?". "belum sayang, kejap lagi berbuka lah" jawap maknya lagi. Alif pergi tidur dibiliknya. Emaknya memanggil Alif tetapi alif tidak menjawap. Emaknya pergi ke bilik Alif. Alif tidak bergerak langsung, rupa-rupanya dia telah meninggal dunia. Tamat...
Subscribe to:
Comments (Atom)