Pada zaman dahulu Parameswara dan pengikutnya memasuki hutan untuk memburu seekor kancil. Dalam perjalanan dia terserempak seekor kancil. Dia cuba menembak sang kancil itu tetapi tidak mengena. Parameswara kagum akan kepantasan sang kancil itu. Dia pun memanggil anjingnya mengejar sang kancil itu. Anjing itu pun mengejar kancil yang bersembunyi di dalam semak. Setelah sang kancil mendengar salakan anjing itu ia pun berlari ke arah sungai. Setelah anjing itu sampai di seberang sungai sang kancil pun menendang anjing itu sekuat hati. Selepas itu Parameswara pun kagum dengan kebolehan sang kancil. Setelah penat dia pun berehat di sebatang pokok yang rendang. Parameswara pun menanya seorang daripada pengikutnya nama pokok yang dia sedang bersandar itu. Pengikut dia pun menjawap nama pokok itu "Melaka". Kalau begitu beta akan memberi nama negeri ini Melaka.
Moral cerita: Nama Melaka diambil dari sebatang pokok yang bernama Melaka.
Muhammad Farhan, 10 tahun
..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment