Pada suatu hari Sang Kaldai hendak mencari kawan. Tiba-tiba seekor buaya menerkam Sang Kaldai. Sang Kaldai menjerit dengan kuat. Tolong! Tolong! Sang Kaldai meminta tolong. Tiada orang yang datang menyelamatkan Sang Kaldai. Sang Kaldai pun menguatkan kuasanya.
Selepas Sang Kaldai mengelak dari Sang Buaya dia terus mencari kawan. Sang Kaldai terjumpa Sang Arnab. Sang Kaldai bertanya, "bolehkah saya menjadi kawan kamu?" Sang Arnab pun menjawap, "boleh, tiada masalah." Sang Kaldai terus mencari kawan lagi. Selepas itu Sang Arnab dan Sang Kaldai menjumpai dua ekor kura-kura. Sang Kaldai dan Sang Arnab bertanya, "bolehkah kami berdua menjadi sahabat kamu?". Sang Kura-Kura pun menjawap, "boleh, mari kita masuk ke rumah". "Baiklah Sang Kura-Kura" Sang arnab dan Sang Kaldai menjawap.
Selepas selesai makan mereka terus mencari rakan. Seterusnya mereka terjumpa Sang Gajah dan adiknya. Mereka bertanya pada Sang Gajah soalan yang sama. Sang Gajah dan adiknya bersetuju menjadi kawan mereka. Selepas mereka selesai mencari kawan, mereka bermain bersama-sama. Bermandi-manda bersama-sama dan makan pun bersama-sama. Mereka berasa sangat gembira. Sang Gajah pun bertanya, "bolehkah saya menumpang tidur di rumah awak kerana ibu saya pergi ke luar negara". "Baiklah Sang Gajah, kami membenarkan kamu tidur di rumah saya", Sang Kaldai menjawap. Hari sudah malam. Mereka semua pun pulang.
Tamat
Oleh: Farahanna, 7 tahun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment